Thursday 17 May 2012

**20 Perkara "Jangan"


1. Jangan sengaja lewatkan solat.

2. Jangan masuk tandas tanpa memakai alas selipar.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh. Nanti rzeki mahal  kerana pagi2 itu membuka pintu berkat.

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja. makruh kerana mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa. Kerana mati akan datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja. Nanti kita sombong bila berjaya, kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjang umur, memurahkan rezeki

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati Jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong. Kerana ia ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

Allah lebih tahu, Wallahualam...

No comments:

Post a Comment